Wednesday, September 30, 2009

Isa Samad: Penyelamat Kebimbangan Najib

Najib terlalu bimbang apabila menyaksikan keputusan-keputusan PRK yang dilangsungkan baik sebelum mengambil kempininan Umno atau selepasnya.

Pertukaran kempimpinan Umno kerana ramai pemimpiun Umno mengatakan bahawa merundumnya sokongan rakyat terhadap parti melayu itu adalah disebabkan kepimpinan Abdullah Badawai yang dikuasai oleh menantunya Khairy Jamaludin.

Mantan PM Tun Mahathir adalah pengritik hebat Pak Lah, kerana PM ke 5 itu mengenepikan perancangan dr Mahathir sebelum Pm-4 itu mengundur diri.

Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura merupakan perbalahan yang membawa kepada pertentangan pribadi yang luarbiasa antara dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

Akibat pertentangan tersebut, maka dr Mahathir keluar Umno dan akan kembali sebagai ahli sekiranya Pak Lah bukan lagi presiden Umno. Namun kerosakan yang telah dibuat sukar untuk disembuhkan.

Perancangan dr Mahathir apabila Najib ambil alih kepimpinan Umno, maka sokongan akan kembali kepada Umno dan Bn, perkiraan ini sangat meleset, kerana bukti melalui semua PRK yang diadakan semasa Najib menjadi PM, semua calon UBN kalah, walaupun Manek Urai hampir terjadi Upset, kerana Faktor Tok Pa.

Melihat keadaan ini Najib bgitu bimbang, kerana itu apabila ada kekosongan di kawasan yang dimenangi UBN semasa Pru-12, kali ini di DUN Bagan Pinang, maka Najib tidak mahu memperjudi kepada agenda perubahan yang diucapkan melalui perhimpunan Agung Umno awal tahun ini, akan tetapi kembali kepada FAKTOR PENENTU KEMENANGAN. Atas sebab pertimbangan itu, maka ISA SAMAD dipilih sebagai calon DUN Bagan Pinang, walaupun Isa mendapat tentangan dari berbagai pihak terumata Tun Mahathir.

Isa Samad di mata pengundi Bagan Pinang digambarkan sebagai LOCAL Hero, walaupun pencalonnya agak negatif diperingkat kebangsaan. Najib menaruh harap yang sangat tinggi kepada Isa Samad untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang, demi menaikan semangat dan menghapus kebimbangannya untuk sementara waktu.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP