Khir Toyo Nak Rampas Kuasa kena ancam BUNUH
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.
Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.
Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."
"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.
Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Mohamad Khir berkata beliau membuat aduan polis pada 12.30 tengah hari tadi.
Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.
"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.
"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.
Dalam laporan Bernama, beliau berkata surat itu dibawa oleh pembantunya bersama-sama surat lain dan kad ucapan Selamat Hari Raya ke pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam pagi ini dan beliau membaca surat ugutan kira-kira 10 pagi.
"Dia tulis di sana (salam surat ugutan) saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam... saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," beliau dipetik berkata selepas membuat aduan polis.
Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang menghantar surat ugutan itu, Dr Mohamad Khir berkata biarlah pihak polis yang menyiasat.
"Sebagai ketua pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan.
"Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau dilaporkan berkata ugutan itu ditujukan hanya kepadanya seorang sahaja.
Ulasan
Usaha Khir Toyo mengalih pandangan umum tentang isu rumah mewahnya. Khir setelah menghabiskan masa beberapa jam untuk memberi keterangan mengenai rumah mewahnya di seksyen 7 Shah Alam yang menimbulkan kotraversi kerana mewahnya rumah tersebut.
Kenyataan Khir Toyo sebelum ini bahawa rumah tersebut dibeli melalui pinjaman bank yang tidak sampaipun 1 juta ringgit, kini menurut khabarnya mempunyai nilai melebihi 7 juta.
Persoalannya, di mana Khir Toyo mendapat wang sebanyak itu? Gaji sebagai MB tanpa digunakan 1 sen pun belum tentu cukup membiayai pembinaan rumah tersebut.
Kerana isu rumah ini mendapat perhatian umum dan menyebabkan kredibiliti Khir menurun, maka surat layang yang dikatakan ingin membunuhnya merupakan taktik alih pandang daripada isu rumah mewah.
Apa kah melalui laporan Khir Toyo ini memang keselamatannya akan terjaga, kerana penulis surat tersebut merupa orang yang tidak dikenal. Mampu kah pihak polis mencegahnya. Memandangkan ramai juga pemimpin politik yang mati dibunuh di negara ini, hingga kini belum terungkai.

0 comments:
Post a Comment