Wednesday, September 23, 2009

Nizar: Bagan Pinang BN bayar HUTANG

17 September PAS dah mula gempur Bagan Pinang. Selama bulan puasa para peraih undi maupun pemimpin PAS berkunjung rumah ke rumah. Salahudin Ayub sebagai pengarah jentera PAS telah mula bergerak sejak tarikh tersebut.

Persuruhjaya PAS Zulkefli Omar juga tidak kurang aktifnya berusaha berjumpa seberapa banyak pengundi Bagan Pinang. Musim Hariraya para pemimpin PAS memanfaatkan hari kemenangan tersebut bersilaturahim sambil merayu para pengundi.

Sementara itu para pemimpin BN sibuk dengan rumah terbuka masing-masing, yang datang seperti TOUCH N GO kerana sibuk membuat kunjungan rumah terbuka.

Demikianlah senerio di Bagan Pinang yang bakal membuka tirainya pada 3 Oktober depan.

Nizar Jamaludin dalam perutusan Harirayanya membayangkan bahawa BN akan bayar HUTANG di Bagan Pinang kerana berjaya merampas tahta MBnya di Perak.

Nizar akan turun habis-habisan di Bagan Pinang membawa pengundi Bagan Pinang melakukan perubahan besar-besaran demi menguji keampuhan 1 Malaysia Najib dan signifikan kemenangan 7-0 bagi semua PRK selepas PRU-12 yang diadakan di Semenanjung.

BN masih kini terkial-kial mencari calon yang boleh dihandalkan selain Isa Samad yang dicalonkan oleh Bahagian UMNO Telok kemang dan disokong secara padu oleh Pemuda Bahagian walaupun mendapat tantangan daripada mantan perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Jika kesepekatan tidak dapat dirungkai antara para pemimpin Umno ada kemungkinan berlaku sabotej dan Umno akan kecundang, kerana itu tertunailah IMPIAN Nizar, bahawa UMNO akan bayar HUTANG di Bagan Pinang.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP