Tanah Kubur Masih Merah dah fikir PRK: Adun Bagan Pinang Bakal Milik Siapa?
Takziah kepada keluarga Azman Mohd Nor. Kita dari dia, maka kita kembali kepadanya. Adun Bagan Pinang Azman Mohd Nor yang baru sahaja disemadikan, meninggal kerana serangan jatung dan pendarahan dalaman di Hospital Pakar Seremban kira-kira 2.30 petang Tadi.
Dun Bagan Pinang terletak dalam kawasan Telok Kemang, di mana Tan Sri Isa Samad merupakan Ketua Bahagian Umno.
Pihak-pihak yang gahirah merebut DUN tersebut telah mula kasak kusuk mengatur strategi untuk merampas kawasan itu.
Bagi pemimpin Umno yang ingin jadi wakil rakyat sudah tentunya mula dari sekarang mula melobi agar jadi calon. Umno kali ini,mungkin akan melakukan seleksi yang ketat ekoran kesilapan memilih calon di Permatang Pasir, yang dikatakan banyak masalah dan mempunyai pekong.
Desas desus setelah PRU-12 yang mengatakan ramai para wakil rakyat akan keluar Umno,kerana tidak berpuas hati kepada MB Mohd Hassan dan Khairy Jamaludin. Namun, hingga kini kenyataan keluar Umno belum berlaku.
Apa kah melalui PRK yang akan bakal diadakan akan merungkai permasalahan dalaman Umno, sehingga kerusi dalam genggaman akan terlepas. Jika kawasan ini terlepas, maka siginifikan lah dakwaan Pakatan, bahawa rakyat inginkan perubahan, yakni mengubah kerajaan daripada BN kepada Pakatan.
Agar supaya prsepsi tidak benar,Umno bahagian Telok Kemang,mula dari sekarang mesti mula mengenal pasti faktor-faktor yang ada kemungkinan-kemungkinan akan menjadi penolakan kepada Umno.
0 comments:
Post a Comment