Thursday, September 10, 2009

Petugas Khas Lagi? Untuk Siasat PKFZ: Rahsia Ong Tee Kiat akan terbongkar

Kabinet hari ini menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya berkata, pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan itu akan meneliti aspek urus tadbir dan masa depan projek tersebut.

Beliau berkata, kerajaan mahu siasatan sepenuhnya dilakukan membabitkan sebarang penyalahgunaan kuasa atau perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Kita telah buat keputusan yang isu PKFZ terbahagi kepada tiga aspek iaitu pertama, sama ada berlaku salah guna kuasa atau perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara, ini di bawah (kuasa) polis untuk siasat dan Peguam Negara akan tentukan (sebarang pendakwaan).

"Kebenaran dan kesahihan hendaklah jadi keutamaan dalam isu ini dan semua siasatan membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah diteruskan," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Menteri-Menteri Kabinet dan Menteri-Menteri Besar di Sri Satria di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyerahkan zakat Kumpulan Felda sejumlah RM21.36 juta kepada Majlis Agama Islam dan Baitulmal negeri-negeri.

Menurut Najib, melalui pasukan petugas khas itu, Kabinet ingin tahu tentang isu tersebut sejak ia mula ditimbulkan dan menentukan apakah perkara yang bertentangan dengan urus tadbir baik kerajaan.

"Ketiganya, apa yang kita nak buat pada projek ini, masa depan projek untuk dilaksanakan supaya kita dapat memaksimumkan nilai untuk wang dan kurangkan kos kepada rakyat atau pembayar cukai," katanya.

Beliau menjelaskan, pasukan tersebut akan dianggotai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan dan golongan profesional.

Kata beliau, pasukan tersebut dijangka mengadakan mesyuarat pertamanya selepas Hari Raya Aidilfitri dan akan menyerahkan laporan secepat mungkin kepada Kabinet.

"Kita akan teliti laporan tersebut dan tentukan apa tindakan lanjut yang akan diambil," katanya.

Ditanya tentang pasukan tersebut yang turut melibatkan Kementerian Pengangkutan, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan tidak akan memisahkan kementerian tersebut dalam isu berkenaan.

1 comments:

Anonymous,  September 10, 2009 at 3:08 PM  

kelakar pun ade.. dulu masa BN memerintah dgn aman .. asal ada salahlaku jer mesti Suruhanjaya ditubuhkan ... tanpa desakan dari mana2 pihak pun... tapi bila pakatan banggang ni baru ambil alih 5 negeri.. tak habis2 desak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja utk siasat kes..

agaknya kalau pakatan yang ambil alih kerajaan pusat.. hari2 kita dengar dalam news, suruhanjaya baru ditubuh .. walaupun utk kes kecik nak mampos.. kahkahkah!

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP