Tuesday, September 29, 2009

Zulkifili Omar (Pas) Lawan Isa Samad (UMNO) di Bagan Pinang

Zulkifli Omar-Persuruhjaya Pas Negeri Sembilan (gambar) dipilih bertembung dengan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang Isa Samad yang juga mantan menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Pertembungan kali ini melihat sejauh mana penerimaa rakyat terhadap calon Pas-Pakatan yang tidak mempunyai rekod mentadbir negeri bertembung dengan mantan MB yang sudah tentunya mempunyai pengalaman yang luas.

Bagan Pinang bukan sahaja menjadi kayu pengukur tentang keupayaan dan penerimaan rakyat terhadap Pakatan yang mempunyai rekod 7-0 sepanjang PRK yang diadakan selepas PRU-12, tetapi juga TITIK TOLAK Umno apa kah masih releven dan mendapat sokongan rakyat.

Sekiranya Umno menerusi Isa Samad boleh meningkatkan majoriti Azman Noor yang berjumlah 2,333, boleh lah ditafsirkan bahawa Umno masih mendapat sokongan rakyat, jika sebaliknya apa tak lagi kalah, maka Umno terpaksa berfikir jauh agar supaya tidak dilabuhkan.

Bagan Pinang memang Umno sebagai juara bertahan.. Pas cuba merebutnya.. akan terjadi kah Up set? sama-sama kita tunggu

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP