Monday, September 14, 2009

PKFZ: Sepatutnya Suruhanjaya Diraja bukan HANYA PASUKAN PETUGAS KHAS

Kabinet hanya menubuhkan pasukan petugas bagi menyediakan laporan berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan.

Semnetara itu PAS, menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut. "PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan.

"Di akhir tugas mereka pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya," Pas menyifatkan pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri.

Apa yang lebih membimbangkan menurut parti Pas, hasil siasatan ke atas skandal tersebut sebelum ini mengaitkan tokoh-tokoh politik dari Barisan Nasional (BN).

Antara yang dikaitkan ialah bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; bekas Bendahari Umno yang juga pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; bekas Exco kerajaan negeri Selangor dari Umno yang menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) ketika transaksi dibuat, Datuk Abdul Rahman Palil dan Bendahari Umno Selangor yang juga Timbalan CEO KDSB, Datuk Faizal Abdullah.

Menurut parti Pas mereka tidak menolak akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh pasukan tersebut nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

"Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu suruhanjaya di raja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan wakil NGO yang berkaitan.

"Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini,". Rakyat, , pasti ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam projek tersebut dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami:

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion. Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Selain itu tuduhan kepada Ong Tee kiat yang dikatakan menerima 10 juta daripada Datuk Tiong yang ada kaitan secara langsung dengan pembinaan projek berbilion ringgit ini.

Sisatan terhadap Ong Tee Kiat masih berjalan, dan rakaman percakapannya telahpun dirakam oleh pihak sprm.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP