Thursday, September 24, 2009

Nizar: Jika Isa Samad Calon Umno Permatang Pasir ke-2 berulang

Nizar cukup yakin Pas boleh menang di Bagan Pinang. Keyakinan ini berasaskan kepada keadaan umno yang mengalami pergolakan terutama dalam menentukan calon.

Umno bercakaran sesama sendiri kerana bahagian umno Telok Kemang mahukan agar ketuanya Isa Samad menjadi calon.

Pencalonan Isa Samad mendapat tentangan dan bantahan daripada Tun Dr Mahathir kerana Isa mempunyai pekong dan nama yang tercalar. Mahathir khuatir jika Isa Samad dicalonkan, walaupun boleh menang, rakyat kawasan lain akan menghukum Umno.

Umno sejak tahun 1993 telah diselimuti dengan isu politik wang. Ekoran isu tersebut maka Jawatan kuasa disiplin Umno ditubuhkan demi membendung dan memantau penggunaan wang terutama dalam pemilihan pimpinan parti.

Di Sabah mantan ketua pemuda Umno Japlin Akim walaupun didapati mengamalkan politik wang semasa kempen untuk Khairy Jamaludin dan digantung selama 3 tahun sebagai ahli Umno, hingga kini masih memegang jawatan pembantu menteri dalam kabinet Musa Aman-Ketua Menteri Sabah.

Dilemma dalam umno terus berpanjangan khasnya dalam menangani politik wang, kerana ramai pemimpin yang ada sekarang juga sebagai pengamal poltik wang semasa TEAM WAWASAN DAHULU.

Nizar berkeyakinan Bagan Pinang mudah ditawan Pas jika Isa Samad tetap mewakili Umno, kerana terlalu banyak isu yang boleh digunakan untuk menyerang mantan MB Negeri Sembilan tersebut.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP