Era Najib Altanyua Manohara A Kugan: Tidak Mungkin Hanya Seorang yang terlibat: Gobind Sing Deo
Pegawai polis yang dikatakan menyebabkan kematian A Kugan awal tahun ini tidak mengaku salah menyebabkan kecenderaan yang amat teruk kepada A.Kugan yang menyebabkan kematiannya.
A. Kugan adalah suspect pencuri kereta mewah mati semasa dalam tahanan polis subang Jaya.
Kematian A.Kugan mendapat reaksi meluas terutama dari pihak Pembangkang, dan ada yang menganggap A.Kugan sebagai hero.
A. Kugan diarak menggunakan kereta mewah semasa proses pembakaran mayatnya.
Hari seorang pegawai polis keturunan india Kons Navindran Vivekandaran tidak mengaku salah terhadap 2 tuduhan di bawah sekyen 331 dan 330 penal code yang boleh dipenjarakan masing-masing 10 tahun dan 7 tahun.
Kons Navindran dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 10 ribu dengan seorang penjamin.
Sebutan kes ditunda ke 5 November 2009.
Dalam mahakamah yang sama peguam keluarga A Kugan, Gobind Singh Deo mempersoalankan kenapa hanya seorang yang didakwa, kerana memandangkan kecederaan yang didapati pada tubuh A.Kugan, tidak mungkin hanya seorang yang terlibat. Gobind meragui tindakan pendakwaraya, kenapa hanya seorang pegawai polis yang dihadapkan di mahakamah.
0 comments:
Post a Comment