Wednesday, October 14, 2009

Nizar-Anwar: Hakim Pembebas Raja Petra (RPK) dari Tahan ISA Niak Pangkat: Bukti Kerajaan BN Tiada Tangan Dalam Kehakiman

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Raja Petra Kamarudin dari tahanan ISA, Yang Arif Datuk Syed Ahmad Helmy, dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.

Beliau menerima watikah perlantikan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Syed Helmi dianggap sebagai hakim yang berani menukar undang-undang ketika beliau mengadili kes harbeus corpus Raja Petra yang ditahan di bawah ISA itu .

Ini kerana, sebelum kes ini semua tahu Menteri Dalam Negeri boleh berbuat apa sahaja untuk menahan mana-mana pihak di bawah ISA dan tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah.

Namun, Yang Arif Syed Helmi telah menukar 'undang-undang' ini dengan berkata mahkamah berhak untuk menyemak adakah menteri melakukan sebarang kesalahan dalam melaksanakan kuasa yang diberikan kepadanya.

Penghakiman beliau ini telah disifatkan sebagai 'mengubah undang-undang' oleh seorang blogger dan penulis terkenal Art Harun dalam blognya.

Raja Petra dibebaskan kerana beliau didapati tidak menjejaskan keselamatan dalam negara dengan hanya menulis di dalam laman web.

Selain Syed Ahmad Helmy, turut menerima surat perlantikan adalah tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Mohd Yusof. Hakim yang dilantik ke Mahkamah Rayuan adalah Datuk T. Selventhiranathan dan Datuk Tee Ah Seng @ Tee Boon Hooi di samping Syed Ahmad Helmy.

Kenaikan pangkat Yang Arif Syed Ahmad Helmy membuktikan bahawa kerajaan BN tiada tangan langsung terhadap kehakiman. Hakim membuat keputusan dan judgment dengan bebas berasaskan undang-undang yang ada didepannya.

Tuduhan dan tomahan Nizar-Anwar dan pembangkang bahawa kerajaan BN dapat mengatur kehakiman adalah rekaan dan coba mengelirukan rakyat.


0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP