Thursday, October 1, 2009

Muhiyidin Yassin DiHentam: SURAT KHABAR LAMA

Dalam statistik, data yang ada dianalisa. Data yang ditunjukkan oleh angka-angka diiterpertasi. Tan Sri Muhiyidin Yassin mengeinterpretsi data yang dikemukakan kepadanya mengenai hasil pilihanraya Bukit Gantang. Data yang ada menunjukkan, bahawa sebahagian penggundi cina dan india tidak menggundi BN. Melalui data tersebut, beliau mengatakan, walaupun Bukit Gantang didiami oleh majoriti melayu, tetapi kaum melayu bukan lagi penentu kepada kemenangan BN.

Jika TPM ini mengatakan bahawa bantuan telah diberikan kepada beberapa sekolah cina semasa pilihanraya kecil ini, ini kerana ada permohonan dan permintaan daripada kaum-kaum itu. Biasalah, sebagai lumrah manusia, apabila sesuatu permintaan ditunaikan, maka adalah wajar dan betul, jika sipemberi diberi balasan yang setimpal. Salahkah, apabila kita membeli beras dan meminta restoran menanaknya, kemudian kita ingin merasakan hasil tanakan nasi itu? Salahkah ibu mengandung, kemudian melahirkan anak?

Memang Tan Sri Muhiyidin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang menjadi Timbalan PM kepada semua kaum, tetapi beliau juga merupakan timbalan presiden parti yang mewakili kaum melayu. Beliau secara jujur mengakui bahawa kaumnya tidak lagi menjadi penentu kepada kemenangan parti yang diwakilinya, sebaliknya kaum lain merupakan penentu kepada kemenangan di sesuatu pilihanraya.

Memang TPM ini berkata benar, kerana hasil pilianraya 12, komponen BN yang diwakili kaum Cina dan India kalah teruk di semua kawasan yang mempunyai majoriti penduduk yang diwakili parti masing-masing. Misalnya kawasan yang berpenduduk majoriti Cina, hampir kesemuanya dimenangi oleh DAP atau PKR. Sedangkan parti MCA hanya menang di 15 kawasan yang marjinal.

Dalam parlimen, kawasan yang majoriti cina semuanya diwakili parti gabungan DAP-PKR-PAS. Ini bermakna, peranan komponen parti yang mewakili Cina dan India di parlimen telah diambil alih oleh parti gabungan ini. Jadi wajarlah, jika TPM menyuarakan pandangan dan pendapatnya yang langsung tanpa berselindung lagi. Dalam suasana bebas memilih saluran maklumat yang melanda negara, maka pandangan yang “to the point” yang disuarakan oleh TPM sangat diharapkan dan sepatutnya dihargai.

Adalah menjadi cabaran yang luarbiasa bagi parti MCA dan MIC untuk menarik balik sokongan kaum mereka terhadap BN, kerana cabaran ini bukan terletak di pundak kepimpian UMNO. Ada yang mengatakan, kaum cina dan india menolak parti mereka, kerana sebahagian besar pimpinan parti ini hanya berjuang untuk mendapatkan jawatan dan gelaran. Mereka sepatutnya berjuang apa yang sepatutnya mereka dapat sepertimana tertulis dalam perlembagaan negara, tidak lebih dari itu. Tetapi, dikalangan pimpinan parti-parti ini, mereka hanya seronok jika mendapat jawatan, tetapi lupa kepada tanggungjawab mereka yang sebenarnya.

Dalam surat-surat khabar beberapa hari ini, ada yang menulis, bahawa MIC tidak berpuas hati tentang jawatan kabinet yang telah diberikan kepada mereka, oleh itu ada kemungkinan, mereka akan letak jawatan. Gejala ini sungguh meruncingkan, kerana ternampak sangat bahawa wakil-wakil parti ini hanya mengutamakan jawatan. Mereka sepatutnya bertungkus lumus menaikkan imej MIC yang tercalar, termasuk kekalahan presidennya dalam pilihanraya. Mereka sepatutnya sedar dan maklum, bahawa majoriti kaum india telah menolak parti MIC sepertimana yang ditunjukkan di Bukit Selambau.

Apakah ura-ura ini mengarah kepada sokong membawa rebah kepada BN? Kerana jika, desakan untuk menambah jawatan-jawatan kepada pimpinan MIC tidak tertunaikan oleh Datuk SerI Najib yang merupakan presiden UMNO, maka kebecian kaum india akan BN akan memuncak?.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP