Nizar-Anwar GEMBIRA: Ong Tee Kiat Tak Ikut Kempen Bagan Pinang: Malah Bercuti
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengambil cuti selama empat hari selepas perwakilan pusat meluluskan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti semalam.
Beliau akan bercuti dari hari ini sehingga Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.
Kenyataan itu tidak menyatakan langkah yang akan diambilnya walaupun spekulasi tersebar luas kononnya beliau akan meletakkan jawatan selepas hampir setahun menerajui parti.
“Dato' Sri Ong Tee Keat akan bercuti dari 11 hingga 14 Oktober. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda," katasetiausaha akhbarnya Lim Xiu Bin dalam kenyataan itu.
MCA kini tidak mempunyai pemimpin selepas Ong dan pesaingnya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berusaha dikembalikan jawatannya sebagai timbalan presiden parti, ditolak oleh para perwakilan.
Ong, yang juga menteri pengangkutan, tewas tipis dengan perbezaan 14 undi dalam usul undi tidak percaya terhadapnya iaitu mendapat 1,141 undi berbanding 1,155 undi yang tidak menyokongnya.
EGM memutuskan untuk menerima usul untuk mengembalikan keanggotaan Dr Chua tetapi menolak usul untuk mengembalikan jawatan nombor dua parti kepadanya.
Jawatankuasa pusat MCA dijadual bermesyuarat Khamis depan untuk memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil oleh parti dengan jangkaan pemilihan baru parti bakal diadakan semakin memuncak.
Dr Chua dipecat oleh Majlis Presiden parti pada Ogos atas kesalahan mencemarkan imej parti berhubung skandal video seksnya tetapi hukuman itu digantikan dengan penggantungan selama empat tahun oleh jawatankuasa pusat.
Kedua-dua pemimpin menyatakan mereka akur dengan keputusan itu. BERNAMA

0 comments:
Post a Comment