Tuesday, October 13, 2009

Nizar-Pas: Dah Tahu Kan Isa Samad Bukan Surat Khabar Biasa

Kemenangan Isa Samad dengan majoriti 5,435 meningkat 3,102 atau 133% dibanding majoriti yang diperolehi Azman Mohd Nor semasa PRU-12 menunjukkan ISA SAMAD bukan lah surat khabar lama sepertimana julukan Azmin Ali kepada Isa Samad.

Pemilihan Isa Samad dengan majoriti yang amat besar mencerminkan kehendak pemuda dan wanita bahagian Umno Teluk kemang yang dengan awal-awal lagi menyuarakan, bahawa tiada calon lagi selain Isa Samad bagi DUN Bagan Pinang.

Umno Bahagian Teluk Kemang dengan jelas mengatakan untuk menebus maruah Umno, hanya melalui Isa Samad sahaja. Pendirian Umno Bahagian ini, walaupun pada awalnya mendapat tentangan pribadi Tun Mahathir Mohammad, tetapi ahli-ahli Umno Teluk kemang terus mendesak, sehinggakan suatu ketika mereka membayangkan BOIKOT jika sekiranya calon lain dipilih bertanding untuk DUN Bagan Pinang.

Tohaman pribadi dan isu penggantuan Isa Samad dalam Umno kerana politik wang merupakan isu yang terus dimainkan dan dinyalakan oleh musuh-musuh Isa Samad dan Umno. Namun berkat jasa Isa Samad kepada rakyat Bagan Pinang selaku mantan MB Negeri Sembilan selama 22 tahun, para penggundi sebulat suara menerima dan menyambut semula THE LOST SON.

Para pengundi Bagan Pinang membuktikan bahawa mereka dahagakan kepimpinan Isa Samad.

Kemenangan Isa Samad ini juga mencerminkan bahawa konsep one Malaysia Najib mula diterima rakyat, walaupun melalui PRK-PRK yang lalu, penerimaan konsep ini masih samar-samar.

Seperti yang telah digambarkan bahawa Bagan Pinang merupakan cerminan PRU-13, maka dengan itu, UMNO BN masih boleh bernafas dengan lega walaupun krisis demi krisis komponen BN masih berlaku.

Keputusan DUN Bagan Pinang yang memberi kemenangan besar kepada Umno, sebagai isyarat bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, masih memerlukan kepimpinan Barisan Nasional.

Tohaman NIzar-Anwar-Azmin-Sallahuddin-Hadi Awang kepada Isa Samad tidak mengekang kemenangnya.

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP