Thursday, October 15, 2009

Nizar: Nik Aziz Kata: Cara Mu dan Salluddin Ayob Di Bagan Pinang Silap: Kenapa DAP yang Mengatur Jentera?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kekalahan di Bagan Pinang kerana jentera PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti dan melebihkan serangan peribadi terhadap calon Umno.

Satu lagi kesilapan adalah jentera Pas dikuasai DAP dan diatur oleh Roonine Liu exco Pakatan dari DAP. Rakyat melihat seolah-olah Pas dibawah DAP, kerana itu lah kaum melayu tolak Pas.

Menurut Nik Aziz, pengalamannya semasa turun di Bagan Pinang menunjukkan sebahagian pengundi di Dun itu masih belum mengenali PAS secara mendalam.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut.

"Saya sendiri bertemu dengan tuan rumah yang saya pergi baru-baru ni dan mengakui masih tak faham perjuangan PAS ni lagi," katanya. "Ramai di antara orang melayu di sana masih beranggapan Islam itu ganas dan PAS juga ganas, ,jadi ini semua memerlukan masa untuk memberi pemahaman kepada mereka," ujar beliau lagi.

Nik Aziz berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan,Abdul Fatah Harun sebelum ini yang mengakui teknik menyerang pribadi calon tidak diterima oleh pengundi Bagan Pinang.

Beliau juga berkata rakyat di Negeri Sembilan juga masih jauh untuk memahami perjuangan PAS kerana mereka tidak paham apa itu perjuangan islam.

Kehadiran jentera PAS di mononpoli oleh DAP dari seluruh negara juga mungkin membuatkan mereka berada dalam kebingungan apatah lagi diasak tekanan dari parti lawan dengan hebat.

Kekalahan teruk juga disebabkan kali ini, jentera DAP yang lebih dominan di banding jentera Pas itu sendiri. Para pengundi masih belum dapat menerima kerjasama Pas-Dap di Selatan Semenanjung. Suasana di Selatan berbeza dengan di utara, di mana ikatan Pas-Dap telah difahami, tegas Nik Aziz. Atas sebab itu pada PRK akan datang jika ada? penggunaan jentera DAP akan dielakkan.

Pada PRK Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon PAS, Zulkifly Mohd Omar tewas kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5,435.

1 comments:

Anonymous,  October 15, 2009 at 9:42 PM  

pas parti politik....bukan parti yang benar-benar perjuangkan islam wahai tuk garu hoi...pas boleh lah diibaratkan parti isle yang palsu sebab bersekongkol dengan kapir harbi DAP....

Maka pangkah Pas bermakna pangkah DAP....lu pikir lah sendiri nek najis hoi....atau memang tak leh nak fikir sebab nyanyuk dan sesat lagi menyesatkan.......memang patut pun Sahabat karib DAP ni orang Bagan Pinang tolak!!!!!tolak Pas, Tolak Dap, Tolak PKR atau Parti Katak Rebus...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP