Tuesday, October 27, 2009

Nizar News: Komen Mustapaha Ali " Itu Lah Hebatnya Saya"

Itulah hebatnya (saya) barangkali." Begitulah reaksi spontan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sewaktu ditanya perasaan beliau selepas disenaraikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai salah seorang pemimpin yang perlu 'dibersihkan' daripada Pas.

Malah Mustafa turut menyifatkan dirinya paling tenang hari ini. "Secara jujurnya saya tak rasa apa-apa pun berbanding yang lepas-lepas, Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebut nama begitu tak ada apa-apa, saya tak ada terluka. "(Dulu) orang pernah kata saya macam-macam, tak jadi apa," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar, Mustafa menangkis pelbagai soalan sensitif daripada wartawan dengan memberi jawapan bersahaja sambil ketawa kecil.

Politik dalaman Pas sekali lagi mencuri tumpuan nasional apabila Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas melalui blognya www.blogtokguru.com Jumaat lalu mencadangkan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan beliau ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa yang ditanya adakah beliau terkejut dengan tindakan Nik Abdul Aziz berkata: "Secara tiba-tiba memang saya pun begitu juga...tapi awak tak usah masuk (tulis) saya terkejut nanti benda itu nampak parah sangat, saya tak terkejut." Ditanya kenapa Nik Abdul Aziz mencadangkan EGM dan menamakan pemimpin yang perlu dibersihkan, Mustafa meminta wartawan bertanya kepada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Awak tanya dia, jangan tanya saya, kalau tanya saya tiada masalah. Kalau awak tanya dia (Nik Abdul Aziz) mungkin ada (masalah). "Tak boleh tanya saya benda yang saya tak kata, saya pun tak faham juga, saya tak boleh buat andaian apa sebab, saya tak tahu," tegasnya. Menjawab soalan adakah berlaku konflik dalaman dalam Pas, Mustafa menafikan perkara itu kerana tiada pihak yang membangkitkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 18 Oktober lalu.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP