Monday, October 12, 2009

Nizar MANA Azmin? Surat Khabar Lama MASIH Hebat kan!!

Kemenangan Isa Samad dengan majoriti 5,435 meningkat 3,102 atau 133% dibanding majoriti yang diperolehi Azman Mohd Nor semasa PRU-12 menunjukkan ISA SAMAD bukan lah surat khabar lama sepertimana julukan Azmin Ali kepada Isa Samad.

Pemilihan Isa Samad dengan majoriti yang amat besar mencerminkan kehendak pemuda dan wanita bahagian Umno Teluk kemang yang dengan awal-awal lagi menyuarakan, bahawa tiada calon lagi selain Isa Samad bagi DUN Bagan Pinang.

Umno Bahagian Teluk Kemang dengan jelas mengatakan untuk menebus maruah Umno, hanya melalui Isa Samad sahaja. Pendirian Umno Bahagian ini, walaupun pada awalnya mendapat tentangan pribadi Tun Mahathir Mohammad, tetapi ahli-ahli Umno Teluk kemang terus mendesak, sehinggakan suatu ketika mereka membayangkan BOIKOT jika sekiranya calon lain dipilih bertanding untuk DUN Bagan Pinang.

Tohaman pribadi dan isu penggantuan Isa Samad dalam Umno kerana politik wang merupakan isu yang terus dimainkan dan dinyalakan oleh musuh-musuh Isa Samad dan Umno. Namun berkat jasa Isa Samad kepada rakyat Bagan Pinang selaku mantan MB Negeri Sembilan selama 22 tahun, para penggundi sebulat suara menerima dan menyambut semula THE LOST SON.

Para pengundi Bagan Pinang membuktikan bahawa mereka dahagakan kepimpinan Isa Samad.

Kemenangan Isa Samad ini juga mencerminkan bahawa konsep one Malaysia Najib mula diterima rakyat, walaupun melalui PRK-PRK yang lalu, penerimaan konsep ini masih samar-samar.

Seperti yang telah digambarkan bahawa Bagan Pinang merupakan cerminan PRU-13, maka dengan itu, UMNO BN masih boleh bernafas dengan lega walaupun krisis demi krisis komponen BN masih berlaku.

Keputusan DUN Bagan Pinang yang memberi kemenangan besar kepada Umno, sebagai isyarat bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, masih memerlukan kepimpinan Barisan Nasional.

Tohaman NIzar-Anwar-Azmin-Sallahuddin-Hadi Awang kepada Isa Samad tidak mengekang kemenangnya.

3 comments:

Anak Perelih October 11, 2009 at 10:13 PM  

Kepada blogger blogger UMNO.. Tahniah diucapkan... Hidup UMNO, Hidup BN... Hidup Isa(Mahathir boleh pergi berambus).... Hidup RASUAH!!!! Tanpa RASUAH, negara ini tidak boleh membangun!!!... Rakyat sejahtera kerana RASUAH!!!! RASUAH penyelamat Melayu dan negara !!!! Posto.. posto...

iceman October 11, 2009 at 11:29 PM  

yang aku tgk makin tak membangun nun disono..byk pasaraya diakatan pembangunan..

hanizam October 11, 2009 at 11:54 PM  

dah kalah macam-macam yang ko tulis...ape yang PR buat pada negeri yang dorang perintah...takda ape-ape pun...banyak yang dijanjikan tak boleh buat lagi...sebab masa kempen, banyak janji tu libatkan duit, bila dah menang duit tu masuk poket sendiri....aperah...

Khalid Beer aka LEMBU & the geng, ape yang korasng janjikan kat selangor tak ditepati lagi...jangan kata korang dah buat...jangan nak lari dengan janji manis korang tu...bila dah bagi perintah negeri, kerjalah baik-baik, bukan menjahanamkan selangor...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP