Wednesday, October 21, 2009

Nizar-Pas: Ibrahim Ali Kata: Kacang Mesti Lupa Kulit: Sepah Mesti Lupa Manis

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu pertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum lalu, sudah berakhir.

Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau kini lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

"Saya adalah ahli Parlimen Bebas dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi kecenderungan saya sekarang ini ialah menyokong Umno iaitu kepimpinan kerajaan sekarang sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, buat masa ini belum ada keperluan baginya menyertai Umno walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya.

"Saya juga perlu menjaga integriti dan kredibiliti saya sebagai pemimpin Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan dan perlu kekal sebagai anggota Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim sekiranya ingin menyertai semula parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

Ibrahim berkata beliau gembira melihat Umno sekarang yang sudah menjadi betul-betul terbuka dan boleh ditegur dan dikritik.

"Berbeza pula dengan Pas, bila saya memberi teguran, pandangan dan kritikan nampaknya mereka tidak boleh terima sehingga mendesak saya supaya meletak jawatan dan mengatakan saya tidak mengenang budi," katanya. - Bernama

2 comments:

DR 1221 October 21, 2009 at 6:41 PM  

salam
ibrahim ali diperlukan bagi memperkasakan umno kelantan.

awal dan akhir October 21, 2009 at 7:01 PM  

mampu kah? Tok Pa jauh lebih layak dan ada kredibilti

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP