Tuesday, October 6, 2009

Nizar-Pas-Sallaudin Cabar Tengku Adnan Mansor Soal Surat PALSU

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Setiausaha Agung Umno,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuktikan kesahihan surat fitnah yang didakwanya diedarkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata Tengku Adnan perlu tampil bagi menjelaskan mengenai perkara sebenar tanpa membuat sebarang tuduhan melulu.

"Beliau kena tampil kalau betul surat itu berunsur fitnah dan kalau betul surat cuba untuk memusnahkan karier politiknya seperti yang beliau dakwa," katanya dalam sidang media di Markas Induk PAS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Tengku Adnan berhubung surat berunsur fitnah yang bertujuan memecah-belahkan hubungan antara ibu pejabat Umno, Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Teluk Kemang khususnya.

Surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu mula diedarkan di sekitar DUN Bagan Pinang sejak hari penamaan calon Sabtu lalu antaranya ditulis seperti berikut: "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."

Salahuddin berkata, Umno tidak boleh menyalahkan pihak pembangkang berhubung penyebaran surat fitnah berkenaan.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP