Nizar: Kamu Awas: BN akan Bangunkan Kawasan BN Sahaja: Kami Setuju Cara Ini
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak digesa supaya menyalurkan lebih banyak peruntukan ke kawasan luar bandar dalam bajet yang bakal dibentangkan minggu depan.
"Jangan lupakan orang yang miskin ini yang merupakan orang Melayu," kata wakil Perlis, Ahmad Bakri Ali.
"Umno harus libatkan agensi-agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra, harus diberi kelonggaran untuk salur bantuan kepada orang Melayu miskin di luar bandar.
"Kena beri ikan dulu baru ajak depa pergi mengail," kata Ahmad Bakri.
Sebelum itu, wakil Pulau Pinang, Mohd Safri Abd Aziz menggesa Umno supaya menubuhkan satu yayasan khas untuk memberi bantuan kepada ahli-ahlinya.
Katanya, saluran bantuan melalui mekanisme sedia ada tidak dapat dimanfaat sepenuhnya kerana banyak daripada yayasan tersebut didaftar di bawah nama individu atau organisasi tertentu.
"Kalau ada yayasan, semua akan dapat. Yayasan dah banyak, tapi yayasan ini semuanya bergerak atas nama individu atau organisasi."
Jelasnya, ahli-ahli Umno termasuk pemimpinnya sendiri masih perlu dibantu.
"Ada ketua bahagian yang isi borang biasiswa untuk anak orang lain, tapi anak sendiri tak dapat biasiswa. Ada yang isi borang beri beras kepada orang miskini, tetapi rumah sendiri tak ada beras," katanya.
"Kalau isi nama sendiri untuk dapatkan beras, nanti orang kata, ketua bahagian ambil kesempatan pula," katanya lagi.
Wakil Selangor pula selepas itu berkata kerajaan juga perlu menghentikan penyaluran peruntukan pembangunan kepada kawasan parlimen dan DUN yang dikuasai pembangkang.
"Kami minta kerajaan pusat kurangkan peruntukan bina infrastruktur kepada Selangor, sebaliknya lebihkan peruntukan bantuan sosial rakyat.
"Bila berlaku bencana, mereka (Pakatan Rakyat) segera hulurkan bantuan. Mereka lebih tumpukan kepada keperluan sosial rakyat berbanding infrastruktur," kata Abdul Shukur Idrus.
"Hanya kawasan yang dimenangi Umno saja (patut) diberikan (peruntukan untuk pembangunan) supaya boleh dibandingkan bagaimana BN bekerja berbanding Pakatan Rakyat," kata Abdul Shukur Idrus.
Jelasnya, tindakan seperti itu akan membolehkan rakyat balik menyokong Umno di negeri itu.
Selama ini, katanya, Pakatan Rakyat di negeri itu dilihat berjaya memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat yang ditimpa kesusahan, berbanding bantuan yang disalurkan Umno.
"Bila berlaku kematian warga emas, kerajaan (Selangor) bagi RM1,000 secara automatik. Kita bagi juga, tapi cuma RM300. Lepas isi borang dapat lagi 1,500 ringgit (daripada kerajaan Selangor).
"Selepas ini boleh arahkan agensi kerajaan untuk beri bantuan kepada ketua bahagian. Kena turun dengan duit sekali supaya boleh kukuhkan pimpinan

0 comments:
Post a Comment