Saturday, October 3, 2009

Teoh Beng Hock: Mati kerana Bunuh Diri: Inkues Buang Masa dan wang

Melalui inkues yang telah berlalu, dua pakar pathologist telah memberitahu Koronor Azmil Mutaphana Abas bahawa Teoh Beng Hock mati akibat impak dari tempat tinggi. Kesan kecederaan yang dijumpai melalui mayat mendiang memang mengarah 100% kepada kesan impak tersebut.

Melalui analisis 157 sampel DNA hingga kini belum ditemukan padanan DNA yang disyaki penyebab pembunuh TBH sepertimana teori peguam kelaurga TBH Gobind Singh Deo, bahawa TBH dibunuh oleh sprm.

DNA misteri yang diuar-uarkan sebagai penyebab kematian TBH ternyata DNA orang mati kerana kemalangan dimana pembedahannya dijalankan pada meja sama di mana TBH dibedah siasat.

Keterangan para saksi sebelum ini yang mengatakan bahawa TBH sangat tertekan semasa soal siasat maupun dalam proses perakaman percakapan, dan selepas rakaman mengarah kepada punca TBH bunuh diri.

Ada saksi yang memberi tahu inkues ini bahawa TBH sangat kegelisah antara pukul 5-5:30 pagi 16 Julai kerana ternampak TBH yang enggan pulang walaupun sesi perakaman percakapannya telah berakhir pada pukul 3.45 pagi 16 julai mengarah kepada perasaan tertekan TBH.

Tambahan lagi apabila TBH dimarahi oleh Tan Boon Wah, yang menyalahkan TBH kerana kes tuntutan Palsu.

TBH memang tahu benar bahawa tuntutan-tuntutan yang melibatkan wang peruntukan DUN Seri Kembangan seluruhnya palsu, kerana TBH sendiri yang meluluskan tuntutan-tuntutan tersebut.

TBH benar-benar tertekan apabila tembelangnya terbongkar apa tak lagi TBH akan melangsungkan perkahwinan pada 3 Oktober yang akan dilangsungkan secara besar-besaran dan meriah.

Mengingat itu semua tekanan perasaan kepada TBH sungguh memuncak, kerana itu, TBH hilang kawalan diri dan TERUS terjun BUNUH DIRI melalui tingkap T-14 Plaza Masalam di mana pejabat SPRM terletak.

Bukti yang mengarah kepada andaian ini adalah apabila tidak dijumpai apa-apa kesan sereten atau pergelutan di mayat TBH semasa dilakukan bedah siasat.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP