Nizar News: Kerajaan Akan Bantu ADUN Bebas: Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) sedia menimbang untuk membantu wakil-wakil rakyat Bebas yang menyokong parti itu dalam menjalankan tugas mereka bagi menjamin kepentingan rakyat tidak terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN sedia menimbang perkara tersebut sekiranya ada permintaan daripada wakil-wail rakyat Bebas tersebut.
Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di sini.
Ketika diminta menggulas mengenai Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang menyokong BN, Muhyiddin berkata:
"Kenyataan Badrul yang hilang kepercayaan terhadap kemampuan kepimpinan dan kewibawaan pemimpin PKR punca beliau berbuat demikian menandakan kepimpinan PKR semakin meruncing sekarang,"
Badrul Hisham membuat kenyataan tersebut di ibu negara semalam.
Muhyiddin berkata pengakuan Badrul Hisham itu mempunyai makna yang amat besar terhadap tahap kepimpinan pemimpin parti pembangkang itu sehingga mereka sendiri hilang keyakinan.
Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Badrul Hisham tidak "kompeten" dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, Muhyiddin berkata ia hanyalah dalih Khalid bagi mengabui kenyataan kepimpinannya (Khalid) sendiri yang lemah.
Ketika diminta mengulas dakwaan kononnya BN merasuah Badrul Hisham supaya bertindak demikian, Timbalan Perdana Menteri berkata ia merupakan suatu tohmahan semata-mata kerana mahu menjadikan BN sebagai "kambing hitam" apabila parti pembangkang itu sendiri yang menghadapi masalah kepimpinan.

0 comments:
Post a Comment