Tuesday, October 20, 2009

Nizar-Najib: Di Sebalik Erti 16 September

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 apabila Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah bergabung membentuk negara baru, yang dinamakan Malaysia.

Gagungan 4 kawasan ini walaupun hanya berbaki 3 kerana Singapura keluar pada 17 Julai 1965.

16 September 1963 tidak pernah diiktiraf sebagai hari bersejerah secara nasional, kerana yang dianggap hari nasional adalah 31 Ogos, bersempena dengan hari kemerdekaan Malaya daripada jajahan British.

16 September hanya disambut di Sarawak dan Sabah, Sabah Khasnya mengistiharkannya sebagai hari kelepasan am dan di wartakan sebagai hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT). TYT berasal daripada gabnor Sabah.

16 September menjadi hangat dan panas serta perhatian, apabila Anwar mengistiharkan bahawa pada 16 September 2008, kerajaan Barisan Nasional akan jatuh setelah memerintah 50 tahun ke tangan Pakatan, akibat melompatnya beberapa MP BN, menurut Anwar masa itu. Namun perangkap Anwar ini tidak menjadi walaupun brbagai usaha mereka lakukan termasuk mengirim Azmin Ali dan Tian Chua Ke Taiwan mengejar lawatan BBC BN.

Akhir-akhir ini tarikh 16 September ada yang mencadangkan agar dijadikan cuti umum. Kerana menurut mereka, sejarah tidak boleh dilupakan, sejarah mesti diperbetulkan.

Sekiranya Tsunami politik tidak terjadi pada pru-12, tarikh 16 September tidak begitu penting bagi big brothers yang ada di Kuala Lumpur, kerana menganggap Sarawak adan Sabah hanya sebagai penyokong, bukan boleh menjadi tiang kepada sesuatu kemenangan.

Akibat pru-12, big brothers tersentak dan sedar, jika tidak small brothers di Sarawak dan Sabah, maka kerajaan big brothers telah tersungkur. Akibat keputusan pru-12 tersebut, maka secara tergesa-gesa Big brothers terpaksa melantik orang-orang Sabah dan Sarawak yang tadinya tidak pernah tercium oleh rakyat Sarawak dan Sabah.

16 September akan terealisasi kah sebagai Hari Nasional dan diisthiarkan sebagai Cuti UMUM.

Sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di Sabah, saya hingga kini merasakan bahawa kami hanya mngecapi kemerdekan hanya 46 tahun, bukan 52 tahun!!

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP