Makkal Sakti GANTI Samy Vellu MCA Jadi APA? Apa IMPAK kepada PRK Bagan Pinang
Samy Vellu yang dikatakan liabiliti kepada BN telahpun diganti.Hari ini parti yang bernama Makkal Sakti telah dilancarkan oleh Najib.
Makkal Sakti adalah parti yang menggabungkan orang india yang tidak suka Samy Vellu dan para penyokong Hidraf yang telah diharamkan.
Kewujudan Makkal Sakti, adalah usaha menarik sokongan kaum India yang tidak suka Samy Vellu, kerana itu pada suatu masa dahulu menentang BN kerana Samy Vellu.
Hari MCA terpecah, kerana Presdien maupun timbalannya ditolak oleh akar umbi parti itu. Untuk kedua kalinya MCA tidak berpresdien. Jika suatu ketika dahulu krisis MCA terungkai dengan cepat kerana Ghafar Baba menjadi "Presiden" sementara MCA.
Sejak Pru-12 krisis demi krisis melanda komponen parti BN yang kalah teruk melalui PRU. Umno juga tidak terlepas, sehinggakan wakil rakyat UMNO yang dimulakan oleh Mukriz Tun Mahatahir kemudian disambut oleh Muhiyiddin mahukan Abdullah Badawi bertanggungjawab terhadap kekalahan BN.
Abdullah telah pergi, namun melalui PRK setelah Tun Abdullah pergi, sokongan kepada Umno atau BN belum juga pulih. Kini, melalui PRK Bagan Pinang, UMNO terpaksa bergayut kepada mantan Giant Tan Sri Isa Samad untuk merebut marwahnya.
Isa Samad menghadapi berbagai rintangan untuk meragut DUN Bagan Pinang, kerana selain isu pribadi, isu komponen parti BN terutama MIC dan MCA bergolak. Lemahnya MIC dan MCA apakah UMNO mendapat sokongan kaum ini di Bagan Pinang? Kita tunggu esok 11 Oktober!!
0 comments:
Post a Comment