Monday, October 12, 2009

Teoh Beng Hock Bunuh Diri: Tuntutan Palsu Puncanya

Semasa di minta memanggil YB Ean Yong Hin Wah ADUN Seri Kembangan, pada petang 15 Julai semasa TBH diminta datang ke pejabat sprm bersama laptop dan cpu yang mengandungi maklumat tuntutan palsu yang TBH lakukan yang berkaitan dengan peruntukan tahunan adun di bawah kawalan ADUN Seri Kembangan, TBH nampak gementar dan seolah-olah takut.

Saksi ke-18 Mohd Najieb memberitahu inkues, bahawa TBH sangat khuatir tentang kandungan laptop dan cpunya tersebut. Namun, semasa membuka laptop dan cpu, TBH secara sukarela membuka laptop dan cpu tersebut untuk mengestrak beberapa dokumen yang ada kaitan dengan tuntutan-tuntutan yang dicuragi palsu.

Dokumen-dokumen tuntutan palsu ini samada secara langsung YB Ean Yong tahu atau pun tidak terpaksa dirungkai melalui inkues ataupun perbicaraan rasuah. Jika sekiranya YB Ean Yong tidak mengetahuinya, maka kerja-kerja menipu ini ada kemungkinan kerja kolobrasi antara TBH dan Tan Boon Hwa.

Tan Boon Hwa bertugas mencari syarikat-syarikat dummy, dimana dapat digunakan untuk membuat tuntutan palsu.

Melalui siasatan sprm, TBH telah mengetahui, bahawa seluruh pekong akan terbongkar, kerana itu selama proses soaljawab dan rakaman percakapannya, TBH nampak gelisah dan tertekan.

Perasaan tertekan TBH bertambah-tambah lagi, apabila soalan-soalan yang berhubungkait dengan dokumen-dokumen yang diekstrak melalui laptop dan cpunya, TBH tidak dapat memberi penjelasan jitu.

Perasaan bersalah bermain-main di kepala TBH selama proses soal jawab maupun dalam rakaman percakapan.Sementara itu, Tan Boon Hwa yang juga dikatakan sebagai saksi dalam tuntutan palsu ini, telah selesai soaljawab dengan pegawai sprm pada kira-kira 1.30 pagi 16 Julai.

Walaupun, telah selesai, Tan Boon Hwa enggan pulang, kerana khuatir akan pembocoran maklumat yang akan dilakukan oleh TBH. Kerana itu, apabila Tan Boon Hwa bertembung TBH dalam tandas pejabat sprm pada kira-kira jam 2 pagi, telah terjadi pertengkaran, kerana TBH ada kemungkinan berkata kepada Tan Boon Wah, bahawa rahsia semua terbongkar, dan kemungkinan akan membabitkan Tan Boon Wah sendiri.

Mungkin juga dalam pertembungan antara TBH dan Tan Boon Wah, Tan telah memberitahu TBH, bahawa TBH terpaksa tanggung sendiri kerja-kerja penipuan tersebut dan jangan sesekali melibatkan YB Ean Yong.

Akan tetapi kemungkinan TBH ada memberi tahu, bahawa mendiang terpaksa membongkar seluruh rahsia, samada yang melibatkan YB Ean Yong maupun Tan Boon Wah sendiri.

Sementara TBH menyambung rakaman percakapannya, Tan Boon Wah telah berhubung dengan YB Ean Yong, dan ada kemungkinan Tan Boon Wah ada menerima ARAHAN sulit, yang mungkin menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.

Jangan lupa bahawa pada 12.52 pagi ada 2 orang cina yang tidak diketahui siapa, telah masuk ke dalam bangunan sprm, ada kemungkinan berjumpa Tan Boon Wah, kerana itu lah Tan Boon Wah enggan pulang, walaupun mendapat tawaran daripada pegawai sprm, bahawa pegawai tersebut sanggup menghantarnya pulang ke Kajang, akan tetapi Tan Boon Wah tetap enggan pulang, muslihat apa kah sehingga Tan Boon Wah beria-ia sangat untuk tinggal di ruangan pejabat sprm?

Teoh Beng Hock telah siap merakamkan percakapannya pada kira-kira 3.45 pagi 16 Julai, namun tidak terus pulang, akan tetapi minta berehat sebentar.

TBH berbaring di sofa pejabat sprm dan telah tidur-tidur ayam di situ. Pada kira-kira 5-5.30 TBH kelihatan begitu gelisah dan mundar mandir, akan tetapi antara jam-jam tersebut sehingga 7.15 pagi 16 julai, tiada sesiapa yang tahu, apa yang diperbuat oleh TBH.

Orang yang pasti tahu apa yang terjadi pada TBH pada jam-jam tersebut adalah Tan Boon Wah sendiri, kerana Tan Boon Wah pernah mengaku, bahwa beliau nampak TBH di pantry pada jam 6.10 pagi 16 julai.

Ada kemungkin kah bahawa pada jam-jam tersebut, Tan Boon Wah ditemani oleh 2 orang yang dikenali TBH, mendekati TBH dan mengajaknya ke tingkap, di mana TBH terjun bunuh diri.

Jika teori ini betul, maka untuk merungkai kematian mendiang TBH, Tan Boon Wah lebih tahu. Seharusnya melalui inkues ini, Tan Boon Wah perlu ditanya, kerana Tan Boon Wah difikirkan tahu akan kematian TBH.

Satu teori baru yang ditemukan adalah pada inkues hari-19, Mohd Asharf saksi ke-19, ada memberi keterangan bahawa pada pukul 2-2:30 pagi 16 Julai, tiada sebarang pergaduhan terjadi, kerana pada masa itu keadaan cukup tenang. Keterangan Mohd Asharff ini menimbulkan kontraversi,kerana keterangannya tersebut bercanggah dengan keterangan Mohd Anuar ismail

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP