Nizar-Pas-Anwar Lagi-lagi Mengina Tentera-sebab undi mereka undi Pos
Semua negeri ada pengundi Pos. Jika benar dakwaan Nizar-Pas-Anwar undi pos memenangkan Umno, kenapa lima negeri melalui pru-12 Umno kalah.
Rupanya Nizar-Pas-Anwar bukan guna undi pos untuk menang tapi pengundi hantu.
Dakwaan Nizar-Pas mengenai undi pos memihak Umno satu penghinaan kepada pasukan keselamatan.
Undi pos adalah undi pasukan keselamatan atau pegawai-pegawai yang terdaftar nama mereka pada suatu kawasan di mana diadakan pilihanraya. Mereka tidak dapat datang pada hari pengundian yang dijadwalkan kerana tugas mereka tidak memungkinkan untuk berbuat demikian.
Para pengundi ini lah yang menjadi MUSUH utama Nizar-Pas-Anwar. Tetapi melalui pilihanraya yang lalu, ramai juga undi pos ini yang memilih Pas, malah disetengah kawasan bilangan undi pos yang diterima Pas jauh lebih banyak dibanding Umno.
Di Dun Bagan Pinang kerana undi Pos melebihi 4 ribu orang, kerana itu, undi mereka menjadi rebutan.
Namun merebutnya bagi pihak Pas adalah menuduh Umno akan bolot semua. Bagaimana ini berlaku? kerana yang mengundi itu manusia, bukan tunggul. Mereka juga punya pilihan, undi mereka adalah rahsia.
2 comments:
apa pula kata bekas askar????
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-satu-persatu-kemungkaran.html
saya adalah bekas tentera laut berpengkalan di Lumut sepuloh tahun lalu.Memaksa pangkah mungkin tak terjadi tapi apa yang saya alami apabila saya mengundi pembangkang pada satu PRU secara pos pada masa itu dan apabila PRU seterusnya nama saya tidak ada. Apa yang saya nampak undi tidak rahsia sebab pada kertas undi tercatit nombor siri dan diorekodkan nama saya pada borang yang dikepilkan bersama.
Kejadian pengundi hantu pula, pada tahun 1999 saya ada pergi kekawasan DUN Sungai Manik, pihak PAS telah berjaya menahan dua orang warga Indonesia yang tertanya2 dimana tempat mengundi.Apabila diperiksa dia memiliki Kad Pengenalan Warganegara yang Baru. Logik tak dikampung sendiri tak tahu dimana dewan tempat mengundi?????
Walau bagaimana pun saya akan tetap mengundi PAKATAN RAKYAT untuk masa depan keturunan saya.Saya berdoa kehadrat Illahi PAS akan menang besarrrrrrrrrrrrrr
Post a Comment