Saturday, October 3, 2009

Nizar-Hussam-Hadi-Anwar Yakin Menang DUN Bagan Pinang: Mood Rakyat baik

Hadi Awang mendakwa bukan sahaja Pas dapat mengurangkan majoriti yang di perolehi BN sebanyak 2,333 melalui Pru-12, malah Pas yakin menang kerana sambutan para pengundi DUN Bagan Pinang kepada Pas semakin hari semakin kuat.

Bermula dalam bulan puasa gempuran agresif para pemimpin Pas yang diketuai oleh Nashruddin Tantawi dan Zulkefley Omar menunjukkan statistik yang sungguh menakjubkan.

Di perkembangan lain pakar strategis Pas Hussam Musa yang kalah merebut jawatan N0.2 Pas kepada Ustaz Nasa memberi gambaran, bahawa MOOD pengundi kepada perjuangan Pas Yakni Pembangunan untuk semua sangat menarik simpati mereka.

Hussam juga yakin kerana Pas berhadapan dengan calon yang BN yang terguris namanya kerana faktor politik wang.

Isu terhadap calon Pas hampir tiada, akan tetapi isu mengenai calon Umno terlalu banyak sehingga mudah bagi perayu undi Pas bekerja.

Sementara itu BN yakin akan mempertahankan DUN Bagan Pinang berasaskan faktor Isa Samad. Pengundi DUN Bagan Pinang mengatakan bahawa Isa Samad adalah mangsa musuh-musuh politiknya dalam Umno sendiri, terutama Khairy Jamaluddin.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP