Wednesday, October 14, 2009

Nizar-Pas: Baca SMS Wan Azizah: Sebab itu lah Pas Kalah

SAYA terkejut kekalahan PR/tetapi itu bukan kekalahan/itu bermakna kemenangan/cuma barangkali rakyat kali ini terus tertipu.

Wan Azizah meng-sms saya semalam tepat 12:21 pagi dengan mengatakan;

"Assalamulaikum Hj. Ismaily: Penipuan dan BN janji rumah kepada India, 1.2 bilion untuk sekolah China, Undi Pos 5000. Insyallah.. Kita menang nanti.Doakan. Salam perjuangan"

Ayuh, kita semula nilai kenyataan Kak Wan itu/janji untuk keluarkan dana 1.9 bilion. Memang suatu janji yang manis.

Disamping janji kita kaji semula undi pos 5000 orang. Dua perkara yang harus kita ambil perhatian.

Politik ini memang semacam jual ubat. Kalau baik bicaranya dengan janji manis, maka rakyat begitu mudah ditambat, tetapi hakikatnya nanti bagaimana/kita lihat kemudian apakah janji bisa ditunai atau terus ditipu.

BN tidak usah merasa gembira sangat. Apakah ini cubaan Allah? kita lihat yang barangkali Allah sengaja membiar BN hina ulama/dan kita tidak tahu suatu hari/suatu saat yang menghina mendapat hukuman di dunia.

Ketawalah/suatu hari akan menangis air mata.

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH

Ulasan

Jika benar lah SMS Wan Azizah presiden PKR,maka terbongkar sudah tujuan dan matalamat PKR. PKR bukan berjuang demi kesahjetaraan rakyat tetapi demi menyelamat diri sendiri dan suami.

PKR hanya berjuang untuk dapat kuasa dan kedudukan, bukan kepentingan rakyat apatah lagi rakyat yang memerlukan.Kerajaan yang bertanggungjawab adalah mencipta cara dan kaedah agar rakyat tidak terbebani termasuklah bantuan kepada proses pendidikan.

Namapknya SMS wan Azizah itu, tidak suka Sekolah Cina mendapat bantuan kerajaan, Wan Azizah terus mahu agar sekolah cina tiada bantuan, agar mudah mengeksplotasinya dikala ada pilihanraya.

Apabila Umno memberi bantuan, maka tertutup sudah lah isu Pakatan.Kerana niat Pakatan secara keseluruhan telah tercium dan dibongkar oleh kaum bukan melayu, kerana itu di PRK DUN Bagan Pinang, sokongan kaum bukan melayu telah meningkat hampir 42%.

Pakatan hendak menafikan undi tentera melalui undi Pos, ertinya Wan Azizah tidak menerima undang-undang negara yang memaktubkan undi pos sejak negara ini wujud.ATM juga rakyat negara ini, mereka adalah pejuang pembela negara, kenapa kah Pakatan terus menghina mereka dengan berbagai tomahan. Di PRK DUN Bagan Pinang, ATM membuktikan bahawa mereka tidak suka diperkotalkatikan.

1 comments:

mn October 13, 2009 at 1:35 PM  

Salam semua,

1. Adakah anda semua telah baca 'Buku UMNO(wajah sebenar UMNO) tulisan Tan Sri Mohd Rahmat?

2. Jika belum, datanglah baca di Blog saya secara percuma. Tak perlu beli, membazirkan wang jer.

3. Blog saya: http://sukj.blogspot.com

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP