Friday, October 2, 2009

Nizar Kata Najib-Umno Rampas Kerajaan Pakatan Perak

Satu ceramah penerangan isu semasa politik Negara.Antara penceramahnya ialah Dato Seri Nizar Jamaluddin,Yb Chan Ming Kai dan Yb Firdaus Jaafar ( MP Jerai )yang menggantikan Yb Salahuddin Ayub yang tidak dapat hadir atas sebab -sebab tertentu.

Antara isu yang disampaikan oelh Yb Firdaus Jaafar ialah berkaitan dengan Bagan Pinang yang mana pimpinan Pakatan Rakyat berusaha bagi memastikan Undi Pos Tentera yang majoritinya besar di bagan Pinang akan diberikan kepada calon PR pada pilihanraya kali ini.J

ika dahulu ketika di Manik Urai UBN menggunakan isu bahawa berikan undi kepada mereka dan ia tidak akan menukar Pemimpin Negeri begitu juga ia akan digunakan oleh PR bagi proses meraih undi para pengundi disana.

Krediabiliti Calon juga didedahkan kepada Rakyat bagi memberitahu Rakyat bahawa calon yang diambil oleh UBN kali ini juga mempunyai rekod yang buruk.

Dato Seri Nizar dalam ucapannya pula menerangkan kepada Rakyat akan betapa pentingnya kesepakatan dari Rakyat bagi merubah dan mendesak pentadbiran HARAM yang ada sekarang bagi Membubarkan Dun Negeri Perak dengan kadar segera.

Beliau juga ada menyatakan sikap yang kurang baik ditunjukan oleh pimpinan UMNO da BN apabila mengetepikan Hak pemain-pemain Pasukan Bola Sepak Perak dalam menggunakan Prasarana yang ada.Hak mereka untuk menggunakan Bas Rasmi bagi membawa pemain sendiri dinafikan.Begitu juga dengan bayaran gaji pemain yang mana ia tidak dibayar oleh kerajaan Negeri.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP