Thursday, October 29, 2009

Nizar-Anwar News: Khalid Ibrahim Tak Kesah Badrul Keluar PKR: Badrul adalah Liabilti

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak peduli jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti.

"Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditemui para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini hari ini.

Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau.

"Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke manamana tidak kira," katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP