Saturday, October 17, 2009

Nizar- Zaid Ibrahim Cuti: Ibrahim Ali Pula Nak Masuk Umno

Mantan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mahu menumpu sepenuh perhatian merumuskan platform asas untuk Pakatan Rakyat sempena Persidangan Pakatan Rakyat Disember depan.

Sehubungan itu, Zaid memohon cuti enam bulan dari PKR supaya beliau tidak dikekang dari hal ehwal politik.

“Fokus saya sekarang adalah membantu Pakatan Rakyat di mana saya untuk merangka dasar-dasar dan memastikan tidak wujud perbezaan di dalam PR,” katanya.

Zaid telah menghantar surat rasmi menjelaskan hasrat ini kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Salehuddin Hashim.

Mantan Menteri Umno itu dibawa masuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal tahun ini. Beliau diberi tanggungjawab untuk merumuskan platform PR menghadapi pilihanraya umum ke-13, dengan matlamat merampas Putrajaya dari Umno-BN.

Zaid berkata platform PR kini berada di peringkat terakhir dan draf akan dihantar kepada pimpinan kanan PKR, DAP dan Pas minggu hadapan.

Beliau berharap Persidangan PR nanti meluluskan usul tersebut.

Di ruang maya, Zaid berkata menghadapi tentangan dari kelompok tertentu dalam PKR,
beliau menafikan desas-desus perseteruan dengan mana-mana pihak.

Sementara itu, pejabat setiausaha Agung PKR mengesahkan menerima surat bercuti daripada Zaid.

Dalam perkembangan lain setelah mengikuti AGM/EGM Umno yang ke-60 Ibrahim Ali akan menimbang akan menyertai semula Umno.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP