Monday, October 12, 2009

Sidang DUN Perak Pasti Kecoh

Kedudukan DUN Perak adalah seimbang. BN ada ADUN 28.Pakatan pun ada 28. Yang membezakan BN dapat sokongan ADUN Bebas, kerana itu lah BN bentuk kerajaan.

Selepas PRU-12 Pakatan ada 31 ADUN, BN ada 28. Kerana itu Pakatan bentuk kerajaan. Walaupun Nizar mewakili ADUN lebih sedkit dibanding DAP, Nizar dipilih jadi MB sebab namanya nama MELAYU. Jika Datuk Ngeh (ADUN Setiawan) bernama sling Melayu pasti jadi MB.

Kerajaan Nizar bertahan sehingga 4 Februari 2009, setelah itu Nizar kehilangan jawatan.

Untuk cuba mempertahankan jawatan Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, minta simpati mahkamah, namun hingga kini Nizar masih bergelar Mantan MB Perak.

Nizar melalui Sivakumar cuba comeback, melalui sidang bawah Pokok, sidang DUN Hotel Heritage, pun demikian Nizar belum mampu dapat jawatan MB.

Kata Nizar sidang DUN yang dipanggil oleh M.Ganesan, mereka tidak akan hadir, atas sebab, bagi mereka M.Ganesan adalah speaker Haram. Bagi Nizar,hanya Sivakumar jadi speaker.

Kalau pun Sidang DUN Perak anjuran Zambry, mereka datang, pasti kecoh, pasti gaduh, pasti ada ADUN naik meja.

Nampaknya sidang DUN Perak tidak akan aman-aman, selagi tidak ada Fresh Pilihanraya.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP